BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 4, 2009

tanganilah ia dengan cara yang betul


***menunaikan solat***
*ibadah solat merangkumi kesemua konsep zikrullah yang disuruh oleh agama Islam*
* ibadah solat mengandungi doa, tasbih, takbir, dan tahmid yang merupakan kunci-kunci yang membuka pintu kekhusyukan dan ketenangan*
*solat berfungsi untuk mendidik manusia agar bersikap tenang pada setiap masa dan ketika.
*solat yang dilakukan dengan khusyuk, tekun serta sempurna dapat menghilangkan kegelisahan manusia atas sebab kekuatan rohani yang diperoleh.
*solat dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH. selain itu ia dapat memperkukuhkan tekad yang ada di dalam hati sanubari seorang muslim untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan jahat yang menjadi penyebab kepada kegelisahan.
*fazlur rahman (1993) di dalam bukunya health and medicine in the islamic tradition, memetik kata-kata Abu Abdullah Muhammad al-Dhahabi tentang ibadat solat sebagaimana berikut:

"solat biasanya menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dalam fikiran"
"solat menyingkirkan perasaan gelisah dam memadamkan api kemarahan"
"solat menambahkan kecintaan kepada kebenaran dan menambahkan kerendahan hati terhadap manusia"
"solat melembutkan hati, menimbulkan rasa cinta dan kemaafan serta menimbulkan rasa tidak gemar kepada keburukan berdendam"

* solat membantu seseorang membuat penilaian terhadap masalah yang sukar dan mendapat jawapan yang tepat bagi masalah tersebut*
*solat membolehkan seseorang mengingati perkara-perkara yang dia terlupa*
*solat dapat menyelesaikan masalah keduniaan dan kerohanian*
*solat membolehkan seseorang muhasabah dirinya dengan lebih berkesan


~... hapuskan perasaan cintakan harta ...~
*cinta manusia pada harta adalah perkara biasa dan memang watak semulajadi bagi manusia*
*perkara ini dijelaskan oleh ALLAH dalam Surah al-Imran ayat 14 yang bermaksud...
" dijadikan indah kepada manusia suka pada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak: harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang ternak sera kebun-kebun tanaman. kesemua itu adalah kesenangan hidup di dunia dan ingatlah, pada sisi ALLAH ada tempat kembali sebaik-baiknya iaitu syurga"
*harta kekayaan yang dmiliki oleh manusia membawa kepada dua kemungkinan iaitu memberi kebahagiaan atau merosakkan kehidupan*
*manusia memerlukan bimbingan agama daripada mengelakkannya daripada menjadi hamba kepada hartanya sendiri*
*ini kerana, harta yang melimpah ruah yang dimiliki oleh seseorang yang tidak kuat agamanya menyebabkan seseorang itu tidak merasa kebahagiaan dan ketenangan.*
*tanpa pedoman agama, kecintaan manusia kepada harta menyebabkan manusia tersebut sentiasa hidup dalam keadaan yang tegang, bimbang, gelisah, dan lain-lain perasaan lagi.*


~... mengutamakan kehidupan akhirat ...~
*antara perkara yang menyebabkan manusia sentiasa gelisah adalah kerana kecenderungan manusia itu sendiri yang sering memikirkan kehidupan yang susah yang sedang dilaluinya di atas muka bumi ini.*
*dengan hadirnya al-quran, ianya mendidik jiwa manusia agar tidak lalai dengan kehidupan yang sedang dilaluinya di dunia kerana kehidupan di dunia ini bukanlah sesuatu yang mutlak sebaliknya ianya umpanya jambatan untuk menuju kehidupan akhirat*
*keyakinan yang penuh terhadap adanya hari pembalasan dapat menghindarkan diri seseorang dari terus dibelenggu kegelisahan*
*dalam kata mudahnya : "di dunia ini tempat manusiaberamal ibadat dan di akhirat" kelak tempat manusia semua hasil amal ibadat yang telah dilakukan*
*oleh itu, kegelisahan dapat diatasi sekiranya manusia menginsafi sebenar-benarnyanilai kehidupan yang sedang dilalui di dunia ini*


~... meyakini kekuasaan ALLAH ...~
*keyakinan kepada kekuasaan ALLAH merupakan meliputi aspek pengurniaan nikmat kepada hambaNya, menurunkan bala, mengenakan azab seksa, menubuhkan tanam-tanaman, dan sebagainya*
* sebagai contoh, dalam aspek kita meyakini kekuasaan ALLAH dalam mengenakan azab pada hamba-hambanya yang berbuat salah, ini dapat menimbulka rasa cemas dan takut dalam hati manusia*
* perasaan cemas dan takut ini memberi kesan dan impak yang besar keatas peribadi seseorang kerana perasaan cemas dan takut tersebut dapat mencegah diri seseoramg dari melakukan perkara maksiat yang dapat membuka ruang kepada timbulnya kegelisahan jiwa*
*dalam kenyataan yang dipetik daripada Dr Muhammad Uthman Najati, beliau mengatakan :
"sebesar-besar ubat bagi perasaan geisah adalah iman"
*iman adalah satu kekuatan yang perlu ada dalam diri setiap orang islam terutamanya agar mereka dapat memandu kehidupan masing-masing kearah jalan yang benar dan diredhaiNya*


~... menjauhi kesalahan dan dosa ...~
*sebagai seorang yang bernama manusia, kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan tetapi kita mestilah sentiasa berazam untuk melakukan perubahan pada diri ke arah yang lebih baik dengan cara berusaha menjauhkan diri dari melakukan kesalahan dan dosa*
*dosa dan kesalahan adalah satu perkara yang akan mendatangkan kegelisahan pada hati setiap manusia*
* seperti yang kita tahu,segala perbuatan dosa dan bersalah meninggalkan kesan buruk dan mengeruhkan lagi kejernihan dan mengganggu keamanan jiwa seseorang*
* orang yang melakukan kesalahan seringkali merasakan bahawa dia sentiasa dikutuk dan dilaknat oleh hati kecilnya sendiri seterusnya ia membawa kepada penyesalan-penyesalan yang pedih*
~... menunaikan kewajipan ...~
*kegelisahan dapat dielakkan sekiranya seseorang itu menunaikan kewajipan yang terpikul di bahunya*
*seperti yang kita sedia maklum, kewajipan adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan* *menunaikan kewajipan adalah perkara yang akan disoal diakhirat kelak*
*boleh dikatakan setiap orang ada memikul kewajipan dalam lapangan hidup masing-masing* *dalam kata yang lebih mudah:
" semakin jujur seseorang itu menunaikan kewajipannya, semakin dia menikmati kedamaian jiwa dan kebahagiaan, sebaliknya semakin lalai seseorang itu dalam melaksanakan kewajipannaya semakin hebat jiwanya dilanda kegelisahan dan kebimbangan"

apa yang kita dapat dari GELISAH???


Mengikut pendapat Ramli (1990) kegelisahan menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan , rasa resah, cemas dan takut yang lahir akibat ancaman luar yang memang wujud dan ancaman yang tidak dapat dipastikan.

Individu yang mengalami kegelisahan menunjukkan perubahan pada fizikalnya seperti :

-debaran jantung yang bertambah cepat
-meningkatnya tekanan darah
-pengsan
-hilang selera makan
-tarikan nafas yang bertambah kencang
-berasa seperti sesak nafas
-tidak boleh tidur nyenyak

kegelisahan juga mendatangkan kemudaratan pada fungsi tubuh badan dan mental seseorang seperti :

-sedih
-murungharapan tinggi dalam hidup
-tidak menaruh -tidak mampu bergembira seperti orang lain-sering berasa lesu
-pesimistik terhadap kebolehan diri
-tidak berupaya berfikir secara rasional
-diri sendiri tidak terurus
-gagal memberi tumpua dalam pekerjaan yang dilakukan


dalam bidang klinikal, ia dikaitkan dengan penyakit-penyakit gangguan fungsional.
kegelisahan dikenal pasti sebagai simptom utama penyakit seperti :

-neurosis
-psikosis
-gangguan tingkah laku
-psikosomatik



Dengan timbulnya masalah-masalah diatas,kehidupan sehaian terjejas dan menimbulkan masalah terhadap keluarga sendiri, tempat kerja dan belajar serta masyarakat. Rumah tangga dan keluarga mungkin menjadi kucar-kacir, prestasi pembelajara atau kerja merosot dan secara tidak langsung ianya boleh menyumbang kepada masalah sosial.

Banyaknya GeLiSaH...

Sigmund Freud (1985-1936) dianggap adalah orang yang mula-mula membincangkan konsep kegelisahan dalam bidang psikologi moden.
Menurut beliau, kegelisahan terbahagi kepada 3 jenis:


1. kegelisahan realistik
ianya dirasai apabila ada sesuatu ancaman yang nyata wujud atau ancaman yang wujud pada alam sekitar. darjah gelisah yang dirasai setimpal dengan ancaman yang dijangkakan wujud

2. kegelisahan moral
terhasil daripada hati nurani seseorang. seseorang itu akan mudah berasa gelisah dan bersalah apabila melakukan perkara-perkara yang menyalahi dan bertentangan nilai-nilai agama, moral dan masyarakat

3. kegelisahan neurotik
ianya timbul dari perasaan bimbang yang tidak dapat mengawalcetusan naluri sehingga mengakibatkan seseorang itu melakukan perkara yang di luar kawalan dirinya. tahap kegelisahan ini lebih dari tahap yang sepatutnya

antara ketiga-tiga jenis gelisah yang telah disebutkan di atas, kegelisahan neurotik adalah gangguan emosi yang paling merbahaya kerana gelisah jenis ini bersifat 'tidak sedar ' dan seringkali puncanya tidak dapat dikesan....

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa gelisah???

Anda gelisah?? Tahukah anda apakah penyebab kagelisahan ini berlaku?? Adakah setiap kegelisahan yang dialami oleh seseorang individu sama?? Jawapannya, kegelisahan ini berbeza sama sekali mengikut setiap individu. hal ini kerana, seseorang individu itu mempunyai tanggapan dan persepsi berbeza terhadap sesuatu peristiwa hingga dapat menyebabkannya berasa gelisah, sedangkan peristiwa itu tidaklah begitu berat bagi individu yang lain. ingin tahu apa sebab kita gelisah???
Sila baca apa yang telah kami sediakan di bawah..


KECEWA!!!
Anda sering kecewa?? Tahukah bagaimana kekecewaan muncul didalam diri kita? Kekecewaan berlaku apabila sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang tidak dapat sebagaiamana yang diharap-harapkan. Kekecewaan boleh terjadi kepada individu yang mengalami putus cinta (jangan bercinta sebelum kahwin), kematian orang yang disayangi, kehilangan harta benda, kegagalan mencapai cita-cita dan peperiksaan, kehilangan pekerjaan, kerugian dalam perniagaan dan lain-lain peristiwa yang berkaitan dengan musnahnya harapan dan impian yang diidam-idamkan.Orang yang tidak boleh mengawal perasaan kekecewaannya tanpa menanganinya dengan panduan agama berkemungkinan besar mengalami kegelisan dan terdedah kepada gagguan psikologi yang lain iaitu patah hati, putus asa sehinggakan apabila dia berhadapan dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaannya, dia tidak dapat menghadapinya.



KONFLIK!!!
Konflik adalah dalam bentuk fizikal dan psikologi. Ianya biasa dialami oleh manusia. Konflik ini berlaku sesama individu kerana setiap individu itu mempunyai nilai diri yang berlainan. Nilai diri sebenarnya diperoleh hasil dari didikan keluarga, alam persekolahan dan cara pergaulan sepanjang usianya. Disebabkan setiap individu mempunyai nilai diri yang berlainan dan ditambah dengan antara sesama mereka tidak berupaya untuk bertolak ansur dengan nilai individu orang lain maka timbullah KONFLIK. Konflik yang memberi kegelisahan ini selalunya adalah konflik psikologi yang melibatkan dalaman.Seperti yang semua sedia maklum agama menyuruh umat islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Jadi, jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan agama, mereka PASTI akan merasa gelisah dan bersalah serta takut akan azab-azab ALLAH.


PENGALAMAN TRAUMA!!!
Pengalaman trauma itu ialah pendedahan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit dan mengejutkan. Peristiwa atau kejadian yang mengerikan, memalukan, mengalami kehilangan dan pengkhianatan dan kejadian tersebut terjadi di luar kawalam manusia dapat membawa kepada trauma yang menggangu kehidupan orang yang mengalami, orang yang paling rapat dengan orang yang mengalami, atau orang yang hanya melihat kejadian atau peristiwa tersebut.




SAHSIAH DIRI!!!
Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Ada orang yang stabil dan tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Ada juga yang cepat cemas dan bertindak keterlaluan apabila menghadapi situasi yang diluar jangkaan. Perbezaan personaliti ini ditentukan oleh faktor keturunan dan persekitaran. Walaubagaimanapun, alam persekitaran yang lebih banyak menentukan personaliti kerana setiap individu akan belajar apa yang diperoleh di sekelilingnya dari kecil lagi. Sekiranya dia membesar di lingkungan keluarga yang mementingkan disiplin, dengan melakukan masalah kecil sahaja sudah cukup memberi kegelisahan kepada seseorag itu.
Sekiranya seseorang itu membesar dalam lingkungan keluarga yang sering bertolak ansur dan selalu memberi sokongan, dengan melakukan masalah kecil tidak mendatangkan sebarang perasaan bersalah dan gelisah.




TEKANAN!!!
Tekanan adalah keadaan emosi yang negatif. Tahap tekanan bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu menganggap sesuatu ke yang terjadi itu sebagai gangguan atau ancaman dan sejauh mana seseorang itu mampu mengendalikan gangguan dan ancaman tersebut. Selalunya tekanan yang berlaku yang membawa kepada kegelisahan, adalah disebabkan oleh gaya hidup seseorang individu itu sendiri, masalah yang timbul dalam keluarga, pekerjaan, persekitaran dan sebagainya. Tekanan datang dari pelbagai segi:

...Gaya hidup...
-kurang tidur
-pemakanan tidak seimbang
-kurang bersenam
-adanya tabiat merokok
-mengambil ubat-ubatan yang salah
-dan sebagainya

...Masalah dalam keluarga...
-pergaduhan ibu bapa
-berpindah ke tempat baru
-masalah kewangan
-masalah tingkah laku anak-anak
-ahli keluarga yang lari dari rumah
-ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan
-kematian anggota keluarga
-dan sebagainya

...Pekerjaan...
-persaraan
-terlalu banyak kerja
-penyesuaian di tempat baru
-kehilangan pekerjaan
-dan sebagainya

...Persekitaran...
-pencemaran
-peperangan
-bencana
-dan sebagainya


Kegelisahan yang dialami setiap orang adalah berbeza kerana ia bergantung pada faktor-faktor yang merangsang kegelisahan mengganggu ketenangan hidup mereka. Kegelisahan adalah sifat semulajadi manusia. Perasaan gelisah yang perlu ditangani ialah apabila perasaan itu wujud berlebih-lebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.


Kegelisahan menurut Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang lengkap dan datangnya daripada ALLAH s.w.t. dalam Al-Quran juga terdapat panduan merawat kegelisahan jiwa yang sering dialami oleh manusia. Selari dalam firman ALLAH dalam surah Al-Isra' ayat 82 yang bermaksud, "Dan Kami turunkan di dalam
Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan kebaikan bagi orang-orang yang beriman"
Firman-Nya lagi dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu iaitu
Al-Quran penyembuh bagi penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Perbincangan tentang kegelisahan jiwa dari sudut pandangan Islam adalah perbincangan yang memperkatakan tentang fungsi hati dan diri seseorang. Islam menganggap kesihatan diri dipengaruhi oleh kesihatan hati di mana dalam kata mudahnya "hati sihat, tubuh badan pun sihat."

Hubungan erat antara fungsi hati dengan tubuh badan ini ada
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Abdullah al-Nu'man bin Basyir dengan maksud, "Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram itu pun nyata. Antara dua perkara ini dapat beberapa perkara yang kabur antara halal dan haram, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa yang menjauhi perkara-perkara kabur, sesungguhnya dia menyelamatkan agama dan tubuh badannya dan sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang kabur, samalah seperti seorang gembala binatang membawa binatangnya ke tepi kawasan larangan. Besar kemungkinan binatang ternakan tersebut akan memakan rumput di kawasan larangan tersebut. Sesugguhnya setiap raja mempunyai sempadannya dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram. Ketahuilah di dalam tiap-tiap badan seseorang ada seketul daging. Apabila ia baik, seluruh badan menjadi baik dan apabila ia rosak, seluruh badan turut rosak. Ketahuilah daging itu adalah hati."

Ahmad Taha (92) berpendapat penyakit-penyakit hati adalah akibat daripada penguasaan syaitan ke atas roh manusia yang kotor dan jiwany yang sakit. Keadaan ini adalah berpunca daripada kelemahan beragama serta kerenggangan hubungan manusia dengan Allah.


Dalam al-Quran

Allah telah menjelaskan dengan firman-Nya dalam surah al-Anbiya ( 21: 37) yang bermaksud: "Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepada kamu

keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supaya dicepatkan"


dan Allah berfirman lagi dalam surah al-Ma‘arij (70: 19-22) yang berm
aksud: "Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya menyinggungnya, dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (kekayaan), amatlah kikirnya. Bukan begitu orang-orang yang mengerjakan sembahyang"



Kedua-dua ayat ini menjelaskan
bahawa

Allah S.W.T telah mencipta manusia dalam keadaan memiliki sifat tergesa-gesa dan gelisah kerana pengaruh susunan sistem saraf badan yang sangat peka.

Kepekaan itu diperlihatkan melalui emosi dan tingkah laku yang bertindak balas terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhinya.

Ibn Kathir (1970: 116) dalam mentafsirkan surah al-Ma‘arij (70: 19-22)

beliau menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat manusia yang memiliki sifat takut, kurang sabar, selalu berkeluh kesah.

Jika ditimpa bencana dan mala petaka ia selalu mengeluh dan berputus asa, jika mendapat keuntungan atau kebaikan maka ia amat kikir, kedekut dan bakhil. Kecuali orang-orang yang tekun melakukan solat, khusyuk dan tenang dalam solatnya.

Apa itu GELISAH???

??? GELISAH???
Sebenarnya kegelisahan itu adalah sifat manusia. Dalam pengertian umum ia merujuk kepada reaksi emosi yang selalunya dialami dalam keadaan seseorang individu itu merasakan dirinya terancam. Contohnya, seorang pelajar akan rasa gelisah apabila menjelang peperiksaan. Kegelisahan seperti yang dialami oleh pelajar itu disebut kegelisahan normal. ,,

Banyak pendapat dalam pendefinisian 'gelisah'. Antaranya, menurut Trimmer (1970) kegelisahan adalah fenomena membela diri yang mana banyak ciri-ciri kegelisahan seperti berdebar, bukaan anak mata yang luas dan ketegangan urat saraf adalah antara penyediaan seseorang untuk menghadapi ancaman-ancaman yang datang pada dirinya.

Kegelisahan dianggap kecelaruan emosi dan penyakit sekiranya reaksi yang disebutkan tadi muncul tanpa sebab yang munasabah. Dalam Islam, kegelisahan adalah satu masalah rohaniah berhubung dengan aqidah dan keimanan seseorang kepada Penciptanya. Perbincangan tentang 'kegelisahan' dalam islam menyentuh aspek fizikan dan spiritual seseorang mengasingkan antara satu sama lain.

Kegelisahan yang dianggap sebagai penyakit hati ini boleh diubati dengan memantapkan keimanan hati kepada ALLAH. Ibnu Qayyim (1990) dalam bukunya Al- Ruh mendefinisikan kegelisahan sebagai "......sifat lemah di dalam jiwa dan perasaan takut di dalam hati yang dicetuskan oleh sifat sangat tamak dan kedekut." (halaman 503)

Keterangan dan penjelasan tentang pengertian 'kegelisahan' menunjukkan kegelisahan itu memang wujud. Terjadinya kegelisahan adalah akibat kegagalan mengendalikan emosi dan perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Kegelisahan dapat menjadi penyebab kepada penyakit saraf dan psikosomatik yang serius. Kegelisahan juga boleh menjadi penyebab kepada musnahnya keharmonian hidup seseorang. Seharusnya kegelisahan perlu ditangani dengan bijak agar mereka dapat menjalani hidup ni dengan ceria dan boleh menyumbang kepada kemakmuran agama, bangsa dan negara...

Monday, August 24, 2009

TanpaMU - Inteam

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan Kurniaan-Mu
Tiba murka-Mu menghukum
Keagkuhanku kian hancur
Lantasku jatuh dan tersungkur

Tanpa-Mu kasih (oh kekasih)
Ku tak berdaya (ku terpedaya)
Hilang punca dan arah
(pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (oh kekasih)
Daku derita (tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara
(dan mengalir oh airmata)
Jiwa dan tubuhku kepedihan
Terseksa terhukum
Menanggung kifarah dari-Mu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
Keagungan-Mu ku lupakan
Rahmat dari-Mu ku dambakan
Keampunan-Mu ku pohonkan

Tuhan...
Ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasih-Mu

Hatiku ini merindu
sinar cinta-Mu yang agung
Pasrah merayu redha-Mu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dari-Mu ku dambakan
Keampunan-Mu ku pohonkan


Artis : Inteam
Album : Tiada Lagi Kasih
Senilagu : Akmal Mirwana
Senikata : Akmal Mirwana
Susunan muzik : Firdaus Mahmud
Penerbit : Akmal Mirwana
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.