BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa gelisah???

Anda gelisah?? Tahukah anda apakah penyebab kagelisahan ini berlaku?? Adakah setiap kegelisahan yang dialami oleh seseorang individu sama?? Jawapannya, kegelisahan ini berbeza sama sekali mengikut setiap individu. hal ini kerana, seseorang individu itu mempunyai tanggapan dan persepsi berbeza terhadap sesuatu peristiwa hingga dapat menyebabkannya berasa gelisah, sedangkan peristiwa itu tidaklah begitu berat bagi individu yang lain. ingin tahu apa sebab kita gelisah???
Sila baca apa yang telah kami sediakan di bawah..


KECEWA!!!
Anda sering kecewa?? Tahukah bagaimana kekecewaan muncul didalam diri kita? Kekecewaan berlaku apabila sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang tidak dapat sebagaiamana yang diharap-harapkan. Kekecewaan boleh terjadi kepada individu yang mengalami putus cinta (jangan bercinta sebelum kahwin), kematian orang yang disayangi, kehilangan harta benda, kegagalan mencapai cita-cita dan peperiksaan, kehilangan pekerjaan, kerugian dalam perniagaan dan lain-lain peristiwa yang berkaitan dengan musnahnya harapan dan impian yang diidam-idamkan.Orang yang tidak boleh mengawal perasaan kekecewaannya tanpa menanganinya dengan panduan agama berkemungkinan besar mengalami kegelisan dan terdedah kepada gagguan psikologi yang lain iaitu patah hati, putus asa sehinggakan apabila dia berhadapan dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaannya, dia tidak dapat menghadapinya.



KONFLIK!!!
Konflik adalah dalam bentuk fizikal dan psikologi. Ianya biasa dialami oleh manusia. Konflik ini berlaku sesama individu kerana setiap individu itu mempunyai nilai diri yang berlainan. Nilai diri sebenarnya diperoleh hasil dari didikan keluarga, alam persekolahan dan cara pergaulan sepanjang usianya. Disebabkan setiap individu mempunyai nilai diri yang berlainan dan ditambah dengan antara sesama mereka tidak berupaya untuk bertolak ansur dengan nilai individu orang lain maka timbullah KONFLIK. Konflik yang memberi kegelisahan ini selalunya adalah konflik psikologi yang melibatkan dalaman.Seperti yang semua sedia maklum agama menyuruh umat islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Jadi, jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan agama, mereka PASTI akan merasa gelisah dan bersalah serta takut akan azab-azab ALLAH.


PENGALAMAN TRAUMA!!!
Pengalaman trauma itu ialah pendedahan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit dan mengejutkan. Peristiwa atau kejadian yang mengerikan, memalukan, mengalami kehilangan dan pengkhianatan dan kejadian tersebut terjadi di luar kawalam manusia dapat membawa kepada trauma yang menggangu kehidupan orang yang mengalami, orang yang paling rapat dengan orang yang mengalami, atau orang yang hanya melihat kejadian atau peristiwa tersebut.




SAHSIAH DIRI!!!
Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Ada orang yang stabil dan tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Ada juga yang cepat cemas dan bertindak keterlaluan apabila menghadapi situasi yang diluar jangkaan. Perbezaan personaliti ini ditentukan oleh faktor keturunan dan persekitaran. Walaubagaimanapun, alam persekitaran yang lebih banyak menentukan personaliti kerana setiap individu akan belajar apa yang diperoleh di sekelilingnya dari kecil lagi. Sekiranya dia membesar di lingkungan keluarga yang mementingkan disiplin, dengan melakukan masalah kecil sahaja sudah cukup memberi kegelisahan kepada seseorag itu.
Sekiranya seseorang itu membesar dalam lingkungan keluarga yang sering bertolak ansur dan selalu memberi sokongan, dengan melakukan masalah kecil tidak mendatangkan sebarang perasaan bersalah dan gelisah.




TEKANAN!!!
Tekanan adalah keadaan emosi yang negatif. Tahap tekanan bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu menganggap sesuatu ke yang terjadi itu sebagai gangguan atau ancaman dan sejauh mana seseorang itu mampu mengendalikan gangguan dan ancaman tersebut. Selalunya tekanan yang berlaku yang membawa kepada kegelisahan, adalah disebabkan oleh gaya hidup seseorang individu itu sendiri, masalah yang timbul dalam keluarga, pekerjaan, persekitaran dan sebagainya. Tekanan datang dari pelbagai segi:

...Gaya hidup...
-kurang tidur
-pemakanan tidak seimbang
-kurang bersenam
-adanya tabiat merokok
-mengambil ubat-ubatan yang salah
-dan sebagainya

...Masalah dalam keluarga...
-pergaduhan ibu bapa
-berpindah ke tempat baru
-masalah kewangan
-masalah tingkah laku anak-anak
-ahli keluarga yang lari dari rumah
-ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan
-kematian anggota keluarga
-dan sebagainya

...Pekerjaan...
-persaraan
-terlalu banyak kerja
-penyesuaian di tempat baru
-kehilangan pekerjaan
-dan sebagainya

...Persekitaran...
-pencemaran
-peperangan
-bencana
-dan sebagainya


Kegelisahan yang dialami setiap orang adalah berbeza kerana ia bergantung pada faktor-faktor yang merangsang kegelisahan mengganggu ketenangan hidup mereka. Kegelisahan adalah sifat semulajadi manusia. Perasaan gelisah yang perlu ditangani ialah apabila perasaan itu wujud berlebih-lebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.


Kegelisahan menurut Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang lengkap dan datangnya daripada ALLAH s.w.t. dalam Al-Quran juga terdapat panduan merawat kegelisahan jiwa yang sering dialami oleh manusia. Selari dalam firman ALLAH dalam surah Al-Isra' ayat 82 yang bermaksud, "Dan Kami turunkan di dalam
Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan kebaikan bagi orang-orang yang beriman"
Firman-Nya lagi dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu iaitu
Al-Quran penyembuh bagi penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Perbincangan tentang kegelisahan jiwa dari sudut pandangan Islam adalah perbincangan yang memperkatakan tentang fungsi hati dan diri seseorang. Islam menganggap kesihatan diri dipengaruhi oleh kesihatan hati di mana dalam kata mudahnya "hati sihat, tubuh badan pun sihat."

Hubungan erat antara fungsi hati dengan tubuh badan ini ada
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Abdullah al-Nu'man bin Basyir dengan maksud, "Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram itu pun nyata. Antara dua perkara ini dapat beberapa perkara yang kabur antara halal dan haram, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa yang menjauhi perkara-perkara kabur, sesungguhnya dia menyelamatkan agama dan tubuh badannya dan sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang kabur, samalah seperti seorang gembala binatang membawa binatangnya ke tepi kawasan larangan. Besar kemungkinan binatang ternakan tersebut akan memakan rumput di kawasan larangan tersebut. Sesugguhnya setiap raja mempunyai sempadannya dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram. Ketahuilah di dalam tiap-tiap badan seseorang ada seketul daging. Apabila ia baik, seluruh badan menjadi baik dan apabila ia rosak, seluruh badan turut rosak. Ketahuilah daging itu adalah hati."

Ahmad Taha (92) berpendapat penyakit-penyakit hati adalah akibat daripada penguasaan syaitan ke atas roh manusia yang kotor dan jiwany yang sakit. Keadaan ini adalah berpunca daripada kelemahan beragama serta kerenggangan hubungan manusia dengan Allah.


Dalam al-Quran

Allah telah menjelaskan dengan firman-Nya dalam surah al-Anbiya ( 21: 37) yang bermaksud: "Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepada kamu

keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supaya dicepatkan"


dan Allah berfirman lagi dalam surah al-Ma‘arij (70: 19-22) yang berm
aksud: "Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya menyinggungnya, dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (kekayaan), amatlah kikirnya. Bukan begitu orang-orang yang mengerjakan sembahyang"



Kedua-dua ayat ini menjelaskan
bahawa

Allah S.W.T telah mencipta manusia dalam keadaan memiliki sifat tergesa-gesa dan gelisah kerana pengaruh susunan sistem saraf badan yang sangat peka.

Kepekaan itu diperlihatkan melalui emosi dan tingkah laku yang bertindak balas terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhinya.

Ibn Kathir (1970: 116) dalam mentafsirkan surah al-Ma‘arij (70: 19-22)

beliau menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat manusia yang memiliki sifat takut, kurang sabar, selalu berkeluh kesah.

Jika ditimpa bencana dan mala petaka ia selalu mengeluh dan berputus asa, jika mendapat keuntungan atau kebaikan maka ia amat kikir, kedekut dan bakhil. Kecuali orang-orang yang tekun melakukan solat, khusyuk dan tenang dalam solatnya.

Apa itu GELISAH???

??? GELISAH???
Sebenarnya kegelisahan itu adalah sifat manusia. Dalam pengertian umum ia merujuk kepada reaksi emosi yang selalunya dialami dalam keadaan seseorang individu itu merasakan dirinya terancam. Contohnya, seorang pelajar akan rasa gelisah apabila menjelang peperiksaan. Kegelisahan seperti yang dialami oleh pelajar itu disebut kegelisahan normal. ,,

Banyak pendapat dalam pendefinisian 'gelisah'. Antaranya, menurut Trimmer (1970) kegelisahan adalah fenomena membela diri yang mana banyak ciri-ciri kegelisahan seperti berdebar, bukaan anak mata yang luas dan ketegangan urat saraf adalah antara penyediaan seseorang untuk menghadapi ancaman-ancaman yang datang pada dirinya.

Kegelisahan dianggap kecelaruan emosi dan penyakit sekiranya reaksi yang disebutkan tadi muncul tanpa sebab yang munasabah. Dalam Islam, kegelisahan adalah satu masalah rohaniah berhubung dengan aqidah dan keimanan seseorang kepada Penciptanya. Perbincangan tentang 'kegelisahan' dalam islam menyentuh aspek fizikan dan spiritual seseorang mengasingkan antara satu sama lain.

Kegelisahan yang dianggap sebagai penyakit hati ini boleh diubati dengan memantapkan keimanan hati kepada ALLAH. Ibnu Qayyim (1990) dalam bukunya Al- Ruh mendefinisikan kegelisahan sebagai "......sifat lemah di dalam jiwa dan perasaan takut di dalam hati yang dicetuskan oleh sifat sangat tamak dan kedekut." (halaman 503)

Keterangan dan penjelasan tentang pengertian 'kegelisahan' menunjukkan kegelisahan itu memang wujud. Terjadinya kegelisahan adalah akibat kegagalan mengendalikan emosi dan perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Kegelisahan dapat menjadi penyebab kepada penyakit saraf dan psikosomatik yang serius. Kegelisahan juga boleh menjadi penyebab kepada musnahnya keharmonian hidup seseorang. Seharusnya kegelisahan perlu ditangani dengan bijak agar mereka dapat menjalani hidup ni dengan ceria dan boleh menyumbang kepada kemakmuran agama, bangsa dan negara...

Monday, August 24, 2009

TanpaMU - Inteam

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan Kurniaan-Mu
Tiba murka-Mu menghukum
Keagkuhanku kian hancur
Lantasku jatuh dan tersungkur

Tanpa-Mu kasih (oh kekasih)
Ku tak berdaya (ku terpedaya)
Hilang punca dan arah
(pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (oh kekasih)
Daku derita (tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara
(dan mengalir oh airmata)
Jiwa dan tubuhku kepedihan
Terseksa terhukum
Menanggung kifarah dari-Mu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
Keagungan-Mu ku lupakan
Rahmat dari-Mu ku dambakan
Keampunan-Mu ku pohonkan

Tuhan...
Ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasih-Mu

Hatiku ini merindu
sinar cinta-Mu yang agung
Pasrah merayu redha-Mu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dari-Mu ku dambakan
Keampunan-Mu ku pohonkan


Artis : Inteam
Album : Tiada Lagi Kasih
Senilagu : Akmal Mirwana
Senikata : Akmal Mirwana
Susunan muzik : Firdaus Mahmud
Penerbit : Akmal Mirwana
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Sunday, August 23, 2009

manusia dan kegelisahan

???
Seperti yang semua sedia maklum bahawa pada zaman moden ini, tekanan (stress) adalah salah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan.Di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja seseorang itu boleh mengalami tekanan. Tidak kira sewaktu belajar di sekolah, bermain di padang atau sedang memandu di atas jalan raya.

Setiap orang memberikan reaksi yang berbeza terhadap tekanan yang di hadapi. Ada individu yang boleh menghadapi tekanan yang datang itu dengan mudah. Ada individu yang memerlukan sokongan dan dorongan dari orang lain. Tetapi apa yang pasti adalah salah satu punca masalah dan kalau seseorang individu mendapat tekanan yang berlebihan, ia boleh mengakibatkan perasaan bimbang, runsing, gelisah, sedih dan sebagainya.

Seseorang individu yang mengalami situasi diatas, berkemungkinan bertindak di luar jangkaan akibat terjejasnya kemampuan seseorang itu berfikir secara rasional.

Menurut Dr. Rohany Nasir dalam Berita Harian (6 Jun 1994, halaman 21), beliau berkata, "Apabila berlaku krisis, seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi yang serius. Sesuatu kejadian yang berlaku dalam situasi begini biasa dikaitkan dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti seseorang".

Perasaan gelisah bukanlah penyakit fizikal yang dapat dikesan dengan perubahan fizikal yang berlaku. Tetapi 'kegelisahan' adalah gangguan emosi yang meletakkan diri seseorang itu dalam keadaan yang tidak menyenangkan. 'kegelisahan" dapat diketahui wujud pada diri seseorang itu melalui ekspresi wajah,tingkah laku atau kecenderungan seseorang itu berfikir kerana orang yang mengalami kegelisahan kebiasaannya masih lagi mampu menghadapi kehidupan. Apa yang membezakannya ialah individu yang menghadapi 'kegelisahan' tidak mendapat melalui hidup ini dengan gembira, yakin bersemangat dan sebagainya.

Kadang-kadang individu yang mengalami kegelisahan ini banyak melakukan kesilapan dalam usaha menghilangkan perasaan tersebut dari jiwanya. Kerana itu, kita sering terdengar masalah-masalah remaja lepak,lari rumah dan sebagainya. Ada juga individu yang hanya memendam sahaja perasaan gelisah itu sehingga menimbulkan kesan negatif pada dirinya sendiri seperti sentiasa pasif, lemah sengat, tidak bercita-cita tinggi dan sebenarnay dia 'mati' sebelum mati.

Lebih mendukacitakan dalam amalan perubatan moden ini, dengan mudahnya kegelisahan dirawat dengan dadah bagi menenangkan jiwa. Bagi golongan ini, mereka menganggap bahawa 'gelisah' itu adalah adalah suatu penyakit atau gangguan emosi yang tiada kaitan dengan keimanan seseorang pada agamanya sedangkan dalam ajaran ISLAM, 'gelisah' itu adalah penyakit hati dan berkait rapat dengan kesihatan rohani seseorang manusia.

Islam agama yag sangat sempurna. Islam tidak memisahkan kehidupan dunia dan akhirat. Hakikatnya kehidupan manusia mempunyai hubungan dengan ALLAH. Seharusnya umat islam harus tahu dan memahami matlamat hidup yang sebenar dalam islam iaitu mencari kebahagiaan dan keredhaan-Nya. Kunci untuk mendapatkan kebahagiaan itu terletak pada hati yang selalu ingat pada-Nya.

Seperti firman ALLAH dalam surah al-ra'd ayat yang ke 28 bermaksud,
"Orang-orang yang beriman, dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah yakni al Quran. ketahuilah, dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia"

firman-Nya lagi dalam surah al-fajr ayat 27 hingga ayat 30 yang bermaksud,
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati akan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai Tuhanmu. serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia, dan masuklaj ke dalam syurgaKu..