BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Kenapa gelisah???

Anda gelisah?? Tahukah anda apakah penyebab kagelisahan ini berlaku?? Adakah setiap kegelisahan yang dialami oleh seseorang individu sama?? Jawapannya, kegelisahan ini berbeza sama sekali mengikut setiap individu. hal ini kerana, seseorang individu itu mempunyai tanggapan dan persepsi berbeza terhadap sesuatu peristiwa hingga dapat menyebabkannya berasa gelisah, sedangkan peristiwa itu tidaklah begitu berat bagi individu yang lain. ingin tahu apa sebab kita gelisah???
Sila baca apa yang telah kami sediakan di bawah..


KECEWA!!!
Anda sering kecewa?? Tahukah bagaimana kekecewaan muncul didalam diri kita? Kekecewaan berlaku apabila sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang tidak dapat sebagaiamana yang diharap-harapkan. Kekecewaan boleh terjadi kepada individu yang mengalami putus cinta (jangan bercinta sebelum kahwin), kematian orang yang disayangi, kehilangan harta benda, kegagalan mencapai cita-cita dan peperiksaan, kehilangan pekerjaan, kerugian dalam perniagaan dan lain-lain peristiwa yang berkaitan dengan musnahnya harapan dan impian yang diidam-idamkan.Orang yang tidak boleh mengawal perasaan kekecewaannya tanpa menanganinya dengan panduan agama berkemungkinan besar mengalami kegelisan dan terdedah kepada gagguan psikologi yang lain iaitu patah hati, putus asa sehinggakan apabila dia berhadapan dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaannya, dia tidak dapat menghadapinya.



KONFLIK!!!
Konflik adalah dalam bentuk fizikal dan psikologi. Ianya biasa dialami oleh manusia. Konflik ini berlaku sesama individu kerana setiap individu itu mempunyai nilai diri yang berlainan. Nilai diri sebenarnya diperoleh hasil dari didikan keluarga, alam persekolahan dan cara pergaulan sepanjang usianya. Disebabkan setiap individu mempunyai nilai diri yang berlainan dan ditambah dengan antara sesama mereka tidak berupaya untuk bertolak ansur dengan nilai individu orang lain maka timbullah KONFLIK. Konflik yang memberi kegelisahan ini selalunya adalah konflik psikologi yang melibatkan dalaman.Seperti yang semua sedia maklum agama menyuruh umat islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Jadi, jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan agama, mereka PASTI akan merasa gelisah dan bersalah serta takut akan azab-azab ALLAH.


PENGALAMAN TRAUMA!!!
Pengalaman trauma itu ialah pendedahan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang pahit dan mengejutkan. Peristiwa atau kejadian yang mengerikan, memalukan, mengalami kehilangan dan pengkhianatan dan kejadian tersebut terjadi di luar kawalam manusia dapat membawa kepada trauma yang menggangu kehidupan orang yang mengalami, orang yang paling rapat dengan orang yang mengalami, atau orang yang hanya melihat kejadian atau peristiwa tersebut.




SAHSIAH DIRI!!!
Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Ada orang yang stabil dan tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Ada juga yang cepat cemas dan bertindak keterlaluan apabila menghadapi situasi yang diluar jangkaan. Perbezaan personaliti ini ditentukan oleh faktor keturunan dan persekitaran. Walaubagaimanapun, alam persekitaran yang lebih banyak menentukan personaliti kerana setiap individu akan belajar apa yang diperoleh di sekelilingnya dari kecil lagi. Sekiranya dia membesar di lingkungan keluarga yang mementingkan disiplin, dengan melakukan masalah kecil sahaja sudah cukup memberi kegelisahan kepada seseorag itu.
Sekiranya seseorang itu membesar dalam lingkungan keluarga yang sering bertolak ansur dan selalu memberi sokongan, dengan melakukan masalah kecil tidak mendatangkan sebarang perasaan bersalah dan gelisah.




TEKANAN!!!
Tekanan adalah keadaan emosi yang negatif. Tahap tekanan bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu menganggap sesuatu ke yang terjadi itu sebagai gangguan atau ancaman dan sejauh mana seseorang itu mampu mengendalikan gangguan dan ancaman tersebut. Selalunya tekanan yang berlaku yang membawa kepada kegelisahan, adalah disebabkan oleh gaya hidup seseorang individu itu sendiri, masalah yang timbul dalam keluarga, pekerjaan, persekitaran dan sebagainya. Tekanan datang dari pelbagai segi:

...Gaya hidup...
-kurang tidur
-pemakanan tidak seimbang
-kurang bersenam
-adanya tabiat merokok
-mengambil ubat-ubatan yang salah
-dan sebagainya

...Masalah dalam keluarga...
-pergaduhan ibu bapa
-berpindah ke tempat baru
-masalah kewangan
-masalah tingkah laku anak-anak
-ahli keluarga yang lari dari rumah
-ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan
-kematian anggota keluarga
-dan sebagainya

...Pekerjaan...
-persaraan
-terlalu banyak kerja
-penyesuaian di tempat baru
-kehilangan pekerjaan
-dan sebagainya

...Persekitaran...
-pencemaran
-peperangan
-bencana
-dan sebagainya


Kegelisahan yang dialami setiap orang adalah berbeza kerana ia bergantung pada faktor-faktor yang merangsang kegelisahan mengganggu ketenangan hidup mereka. Kegelisahan adalah sifat semulajadi manusia. Perasaan gelisah yang perlu ditangani ialah apabila perasaan itu wujud berlebih-lebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.


0 comments: