??? GELISAH???
Sebenarnya kegelisahan itu adalah sifat manusia. Dalam pengertian umum ia merujuk kepada reaksi emosi yang selalunya dialami dalam keadaan seseorang individu itu merasakan dirinya terancam. Contohnya, seorang pelajar akan rasa gelisah apabila menjelang peperiksaan. Kegelisahan seperti yang dialami oleh pelajar itu disebut kegelisahan normal. ,,Banyak pendapat dalam pendefinisian 'gelisah'. Antaranya, menurut Trimmer (1970) kegelisahan adalah fenomena membela diri yang mana banyak ciri-ciri kegelisahan seperti berdebar, bukaan anak mata yang luas dan ketegangan urat saraf adalah antara penyediaan seseorang untuk menghadapi ancaman-ancaman yang datang pada dirinya.
Kegelisahan dianggap kecelaruan emosi dan penyakit sekiranya reaksi yang disebutkan tadi muncul tanpa sebab yang munasabah. Dalam Islam, kegelisahan adalah satu masalah rohaniah berhubung dengan aqidah dan keimanan seseorang kepada Penciptanya. Perbincangan tentang 'kegelisahan' dalam islam menyentuh aspek fizikan dan spiritual seseorang mengasingkan antara satu sama lain.
Kegelisahan yang dianggap sebagai penyakit hati ini boleh diubati dengan memantapkan keimanan hati kepada ALLAH. Ibnu Qayyim (1990) dalam bukunya Al- Ruh mendefinisikan kegelisahan sebagai "......sifat lemah di dalam jiwa dan perasaan takut di dalam hati yang dicetuskan oleh sifat sangat tamak dan kedekut." (halaman 503)
Keterangan dan penjelasan tentang pengertian 'kegelisahan' menunjukkan kegelisahan itu memang wujud. Terjadinya kegelisahan adalah akibat kegagalan mengendalikan emosi dan perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Kegelisahan dapat menjadi penyebab kepada penyakit saraf dan psikosomatik yang serius. Kegelisahan juga boleh menjadi penyebab kepada musnahnya keharmonian hidup seseorang. Seharusnya kegelisahan perlu ditangani dengan bijak agar mereka dapat menjalani hidup ni dengan ceria dan boleh menyumbang kepada kemakmuran agama, bangsa dan negara...
0 comments:
Post a Comment