???
Seperti yang semua sedia maklum bahawa pada zaman moden ini, tekanan (stress) adalah salah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan.Di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja seseorang itu boleh mengalami tekanan. Tidak kira sewaktu belajar di sekolah, bermain di padang atau sedang memandu di atas jalan raya.Setiap orang memberikan reaksi yang berbeza terhadap tekanan yang di hadapi. Ada individu yang boleh menghadapi tekanan yang datang itu dengan mudah. Ada individu yang memerlukan sokongan dan dorongan dari orang lain. Tetapi apa yang pasti adalah salah satu punca masalah dan kalau seseorang individu mendapat tekanan yang berlebihan, ia boleh mengakibatkan perasaan bimbang, runsing, gelisah, sedih dan sebagainya.
Seseorang individu yang mengalami situasi diatas, berkemungkinan bertindak di luar jangkaan akibat terjejasnya kemampuan seseorang itu berfikir secara rasional.
Menurut Dr. Rohany Nasir dalam Berita Harian (6 Jun 1994, halaman 21), beliau berkata, "Apabila berlaku krisis, seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi yang serius. Sesuatu kejadian yang berlaku dalam situasi begini biasa dikaitkan dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti seseorang".
Perasaan gelisah bukanlah penyakit fizikal yang dapat dikesan dengan perubahan fizikal yang berlaku. Tetapi 'kegelisahan' adalah gangguan emosi yang meletakkan diri seseorang itu dalam keadaan yang tidak menyenangkan. 'kegelisahan" dapat diketahui wujud pada diri seseorang itu melalui ekspresi wajah,tingkah laku atau kecenderungan seseorang itu berfikir kerana orang yang mengalami kegelisahan kebiasaannya masih lagi mampu menghadapi kehidupan. Apa yang membezakannya ialah individu yang menghadapi 'kegelisahan' tidak mendapat melalui hidup ini dengan gembira, yakin bersemangat dan sebagainya.
Kadang-kadang individu yang mengalami kegelisahan ini banyak melakukan kesilapan dalam usaha menghilangkan perasaan tersebut dari jiwanya. Kerana itu, kita sering terdengar masalah-masalah remaja lepak,lari rumah dan sebagainya. Ada juga individu yang hanya memendam sahaja perasaan gelisah itu sehingga menimbulkan kesan negatif pada dirinya sendiri seperti sentiasa pasif, lemah sengat, tidak bercita-cita tinggi dan sebenarnay dia 'mati' sebelum mati.
Lebih mendukacitakan dalam amalan perubatan moden ini, dengan mudahnya kegelisahan dirawat dengan dadah bagi menenangkan jiwa. Bagi golongan ini, mereka menganggap bahawa 'gelisah' itu adalah adalah suatu penyakit atau gangguan emosi yang tiada kaitan dengan keimanan seseorang pada agamanya sedangkan dalam ajaran ISLAM, 'gelisah' itu adalah penyakit hati dan berkait rapat dengan kesihatan rohani seseorang manusia.
Islam agama yag sangat sempurna. Islam tidak memisahkan kehidupan dunia dan akhirat. Hakikatnya kehidupan manusia mempunyai hubungan dengan ALLAH. Seharusnya umat islam harus tahu dan memahami matlamat hidup yang sebenar dalam islam iaitu mencari kebahagiaan dan keredhaan-Nya. Kunci untuk mendapatkan kebahagiaan itu terletak pada hati yang selalu ingat pada-Nya.
Seperti firman ALLAH dalam surah al-ra'd ayat yang ke 28 bermaksud,
"Orang-orang yang beriman, dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah yakni al Quran. ketahuilah, dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia"
firman-Nya lagi dalam surah al-fajr ayat 27 hingga ayat 30 yang bermaksud,
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati akan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai Tuhanmu. serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia, dan masuklaj ke dalam syurgaKu..
0 comments:
Post a Comment