BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Kegelisahan menurut Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang lengkap dan datangnya daripada ALLAH s.w.t. dalam Al-Quran juga terdapat panduan merawat kegelisahan jiwa yang sering dialami oleh manusia. Selari dalam firman ALLAH dalam surah Al-Isra' ayat 82 yang bermaksud, "Dan Kami turunkan di dalam
Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan kebaikan bagi orang-orang yang beriman"
Firman-Nya lagi dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu iaitu
Al-Quran penyembuh bagi penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Perbincangan tentang kegelisahan jiwa dari sudut pandangan Islam adalah perbincangan yang memperkatakan tentang fungsi hati dan diri seseorang. Islam menganggap kesihatan diri dipengaruhi oleh kesihatan hati di mana dalam kata mudahnya "hati sihat, tubuh badan pun sihat."

Hubungan erat antara fungsi hati dengan tubuh badan ini ada
dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Abdullah al-Nu'man bin Basyir dengan maksud, "Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram itu pun nyata. Antara dua perkara ini dapat beberapa perkara yang kabur antara halal dan haram, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa yang menjauhi perkara-perkara kabur, sesungguhnya dia menyelamatkan agama dan tubuh badannya dan sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang kabur, samalah seperti seorang gembala binatang membawa binatangnya ke tepi kawasan larangan. Besar kemungkinan binatang ternakan tersebut akan memakan rumput di kawasan larangan tersebut. Sesugguhnya setiap raja mempunyai sempadannya dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram. Ketahuilah di dalam tiap-tiap badan seseorang ada seketul daging. Apabila ia baik, seluruh badan menjadi baik dan apabila ia rosak, seluruh badan turut rosak. Ketahuilah daging itu adalah hati."

Ahmad Taha (92) berpendapat penyakit-penyakit hati adalah akibat daripada penguasaan syaitan ke atas roh manusia yang kotor dan jiwany yang sakit. Keadaan ini adalah berpunca daripada kelemahan beragama serta kerenggangan hubungan manusia dengan Allah.


Dalam al-Quran

Allah telah menjelaskan dengan firman-Nya dalam surah al-Anbiya ( 21: 37) yang bermaksud: "Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepada kamu

keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supaya dicepatkan"


dan Allah berfirman lagi dalam surah al-Ma‘arij (70: 19-22) yang berm
aksud: "Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya menyinggungnya, dia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (kekayaan), amatlah kikirnya. Bukan begitu orang-orang yang mengerjakan sembahyang"



Kedua-dua ayat ini menjelaskan
bahawa

Allah S.W.T telah mencipta manusia dalam keadaan memiliki sifat tergesa-gesa dan gelisah kerana pengaruh susunan sistem saraf badan yang sangat peka.

Kepekaan itu diperlihatkan melalui emosi dan tingkah laku yang bertindak balas terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhinya.

Ibn Kathir (1970: 116) dalam mentafsirkan surah al-Ma‘arij (70: 19-22)

beliau menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah menerangkan tabiat manusia yang memiliki sifat takut, kurang sabar, selalu berkeluh kesah.

Jika ditimpa bencana dan mala petaka ia selalu mengeluh dan berputus asa, jika mendapat keuntungan atau kebaikan maka ia amat kikir, kedekut dan bakhil. Kecuali orang-orang yang tekun melakukan solat, khusyuk dan tenang dalam solatnya.

0 comments: